Konfigurasi DHCP dengan Linux



Cradit by rizal
Thursday, 14 July 2005
DHCP atau Dynamic Host Control Protocol membolehkan client dalam sebuah
network mendapat IP dan maklumat-maklumat lain seperti gateway, DNS
server dan WINS server secara automatik apabila dibootkan. Dengan
menggunakan DHCP kerja-kerja pengendalian dapat dimudahkan
terutamanya apabila melibatkan network yang besar dengan
jumlah user yang ramai. Bayangkan jika anda mengendalikan
sebuah network yang mengandungi 2000 user, kerja-kerja
memasukkan IP dan maklumat-maklumat lain memakan masa
yang banyak dan tenaga pekerja yang ramai. Tetapi dengan
DHCP kerja-kerja ini dapat dikurangkan dan pengendalian IP dapat
dibuat secara berpusat dan terkawal .Kerja-kerja troubleshooting
seperti konflik IP amat mudah untuk dikawal kerana IP duplicate
tidak akan berlaku.



Server
Pada komputer Linux Red Hat 8.0 saya, berikut adalah contoh fail dhcp.conf yang
boleh kita dapatkan di /usr/share/doc/dhcp-3.0pl1/dhcpd.conf.sample .


CODE

ddns-update-style interim;

ignore client-updates;

subnet 192.168.0.0 netmask 255.255.255.0 {

# --- default gateway

option routers 192.168.0.1;

option subnet-mask 255.255.255.0;

option nis-domain "domain.org";

option domain-name "domain.org";

option domain-name-servers 192.168.1.1;

option time-offset -18000;

# Eastern Standard Time#

option ntp-servers 192.168.1.1;

# option netbios-name-servers 192.168.1.1;

# --- Selects point-to-point node (default is hybrid). Don't change this unless# -- you understand Netbios very well#

option netbios-node-type 2;

range dynamic-bootp 192.168.0.128 192.168.0.255;

default-lease-time 21600;

max-lease-time 43200; # we want the nameserver to appear at a fixed address

host ns { next-server marvin.redhat.com; hardware ethernet 12:34:56:78:AB:CD;

fixed-address 207.175.42.254; }}

Anda boleh salin fail tersebut dan simpan sebagai /etc/dhcpd.conf
Gunakan arahan
# cp /usr/share/doc/dhcp-3.0pl1/dhcpd.conf.sample /etc/dhcpd.conf

Sebelum anda edit dapatkan maklumat berikut, nilai yang ada di bawah saya jadikan contoh :-

Parameter Nilai Nota
subnet 10.0.11.0 subnet rangkaian anda

netmask 255.255.255.0

option routers 10.0.11.254 Gateway rangkaian anda

option domain-name rangkaian.net Domain rangkaian

option domain-name-servers 10.0.11.2 DNS server

range dynamic-bootp 10.0.11.20 10.0.11.250 Dalam kes ini saya gunakan IP bermula dari 10.0.11.20 dan berakhir dengan 10.0.11.250 untuk client rangkaian saya.

default-lease-time 21600 IP tersebut akan kekal selama 6 jam

max-lease-time 43200 Maksimum akan kekal selama 12 jam


Edit dengan editor pilihan anda dan tukarkan nilai data berikut:-

Berikut adalah contoh /etc/dhcpd.conf yang saya gunakan:-

CODE

ddns-update-style interim;

ignore client-updates;

subnet 10.0.11.0 netmask 255.255.255.0 {

# --- default gateway

option routers 10.0.11.254;

option subnet-mask 255.255.255.0;

option domain-name "rangkaian.net";

option domain-name-servers 10.0.11.2;

range dynamic-bootp 10.0.11.20 10.0.11.250;

default-lease-time 21600; max-lease-time 43200;

# we want the nameserver to appear at a fixed address

host win2k {

hardware ethernet 00:D0:59:10:E5:7C;

fixed-address 10.0.11.222;

}

}



Dalam barisan bawah contoh di atas, saya mahukan komputer Windows2000 saya, mendapat IP yang sama iaitu 10.0.11.222 , maka saya tetapkan nilai tersebut berdasarkan MAC address NIC komputer tersebut iaitu 00:D0:59:10:E5:7C .

Berikut adalah output arahan #ipconfig /all pada komputer Windows2000 saya.

user posted image


Untuk kesemua tugas di atas anda juga boleh gunakan webmin.

Konfigurasi utama :-
user posted image


Untuk host win2k klik pada Add a new host dan masukkan maklumat:-

user posted image

0 comments: