Buat Linux Backup menggunakan tar ke tape

Blog dokumentasi ini adalah bagi membuat Salinan sandar(backup) terhadap sistem linux anda ke "tape drive", kebiasannya tape ini adalah pada /dev/st0 (SCSI pertama pekakasan tape) namun jika lain sila ubah mengikut kesesuaian sistem anda.

Gulung Semula (Rewind) tape anda .

#mt -f /dev/st0 rewind

Kemudian Sebagai Contoh saya ingin membuat salinan bagi direktory /home /var dan /etc maka bahasa perentah (command) adalah :-

#tar -cpzf /dev/st0 /home /var /etc <----------- (z-compressed) Untuk mendapatkan kedudukan blok anda bahasa perentah adalah :- #mt -f /dev/st0 tell

Bagi memaparkan fail yang telah dibuat salinan sandar pada tape adalah :-

#tar -tzf /dev/st0

Sekiranya fail anda terlalu besar dan memerlukan lebih dari 1 tape backup , maka bahasa perintah ini boleh digunakan :-

#tar -cMpzf /dev/st0 /home /var /xxx

Bagi proses restore bahasa perintah yang boleh digunakan adalah :-

#cd /
#mt -f /dev/st0 rewind
#tar -xpzf /dev/st0 home

Setelah selesai untuk upload (mengeluarkan tape dari server) bahasa perentah nya adalah :-

# mt -f /dev/st0 offline

Bagi memaparkan infomasi dan maklumat tentang tape pula adalah :-

#mt -f /dev/st0 status

Bagi memadam data pada tape pula :-

#mt -f /dev/st0 erase

Antara bahasa perintah mt lain yang boleh digunakan adalah :-

Pergi ke akhir penyimpanan data
#mt -f /dev/nst0 eod

rujukan :-
http://www.die.net/doc/linux/man/man1/mt.1.html
http://www.uwsg.iu.edu/usail/man/linux/tar.1.html







2 comments:

  bahathir

12:37 PM

Cuba jawab soalan tambahan ini.
1) Cuba terangkan perbezaan antara non-rewind tape device dan rewind tape device. Apakah kebaikan kedua-duanya?

2) Apakah nama-nama fail device diatas tu ?

3) Ini soalan bonus, tahap 3. Bagaimana untuk guna tape LIBRARY pulak :)?


Nota:
Lazimnya, uption -z (gzip compress) tidak dipakai untuk tape. Adalah lebih afdal backup tanpa opsyen tersebut ke tape.

  Peminat_malaysia

12:18 PM

Bagi soalan pertama kebiasaannya scsi non-rewind tape terletak pada /dev/nstx (x -> kedudukan cth 1,2 dan sebagainya)

contoh yang saya bagi iaitu /dev/st0 adalah tabe yang boleh di rewind iaitu ianya boleh ditulis dari awal dan memadam data yang sedia ada

tape non-rewind pula kelebiannya , adalah ianya akan menambah data pada block yang seterusnya di mana jika terdapat kesilapan penggunaan command atau terupa untuk menetapkan tape itu ke akhir block maka cara penggunan non-rewind adalah lebih selamat .

tape LIBTATY yang digunakan adalah SCSI tape drive ..iaitu DDS-x

saya letakan -z supaya dapat menjimatkan penggunaan dan bagi memuatkan data yang banyak pada tape dds-4.

harap jawapan yang diberi memuaskan , jika silap bolehlah komen :D