Ubah Wireless AP anda menjadi Enteprice AP + Repeater

Assalamualaikum ...dan lama tak kemaskini blog aku nie . maklumlah sebuk dengan belajar dan keluarga di samping kerja.

Kali ini aku akan menunjukan cara-cara mengubah Wireless AP anda menjadi Repeter + WiFi . Pada mereka yang rumanya dapat mencapai Wireless percuma dari kedai mamak , tetapi kekuatan signalnya kurang boleh la mencuba ye . Dengan bermodalkan hanya beberapa ratus ringgit kita akan menjadikan AP biasa kepada AP yang berharga beribu ringgit dengan hanya menggunakan perisian Sumber Terbuka dan Linux sebagai firmware.

Pertama , Pastikan AP anda di sokong oleh projek DD-WRT.

Untuk senarainya , anda boleh melayari


http://www.dd-wrt.com/site/index

Saya mengunakan Linksys wrt54gl .



seterusnya kita akan mengemaskini firmware AP . Muat turun

http://www.dd-wrt.com/dd-wrtv2/downloads/v24/Broadcom/Linksys/WRT54GL_1.1/dd-wrt.v24_std_generic.bin

kemudia pada AP linksys anda pergi ke update firmware

setelah ap selesai di upgrade kepada dd-wrt frimware . gunakan browser anda dan ke panel admin http://192.168.1.1 .

id pengguna adalah 'root' dan katalaluan pula adalah 'admin'

1. Setting Network AP




Hidupkan DHCP. Namakan AP anda tukar router ip kepada ip lain . Pastikan ip ini adalah berlainan dari AP induk . dalam kes saya , saya menggunakan ip 10.0.0.1/24

Kemudian Apply setting . AP ada akan di restart service nya.

2. tunggu dalam 10-20 minit , kemudian kembali ke panel AP anda . Kali ini alamat AP anda adalah http://10.0.0.1

3. Seterusnya , pergi ke menu security -> firewall . Disable/tutup fungsi firewall anda.



4. Pergi ke menu wireless , dan pada basic setting . tukar wireless mode anda kepada repeater, bagi mengunakan wireless B/G sila pilih Mixer pada wireless network mode. atau jika ubah jika anda hanya ingin menggunakan B/G sahaja. Seterusnya klik buttang Add.



5. Masukan Vitual Interface anda. Masukan SSID anda



6. Seterusnya pada menu wireless -> Wireless Security masukan maklumat security anda. bagi SSID pertama 'physical' masukan maklumat yang diperlukan oleh AP induk . Dan untuk Virtual Interface pula , masukan maklumat untu anda gunakan nanti bagi. Simpan configurasi anda.

.

7. Seterusnya , pergi ke menu Status -> Wireless. pada 'wireless nodes' atau 'neghbor's wireless network' (bergantung kepada versi frimware anda) klik pada butang 'site servay' maklumat AP yang terdapat di sekitar anda akan dipaparkan. Pilih AP induk anda dan klik butang 'join'. Dan Simpan Konfigurasi anda . Restart AP anda .



setelah selesai AP anda di reboot . anda kini boleh mengunakan wifi anda dengan lebih selesa di mana sahaja anda berada di rumah anda..

Sekian , Selamat mencuba.

Buat Server Instant Messanger Anda sendiri ?

Boleh kah ? Payahnya nak guna command dan baca how to yang banyak gila untuk mengkongfigurasi jabber bukan.

Ada cara yang lebih mudah tak ? emmm tapi mengapa saya perlu buat IM sendiri sedangkan sudah ada banyak service IM percuma di luar bukan.

Bagi sesetengan organisasi yang kecil , tak menjadi masalah bukan . Tapi bagi organisasi dan syarikat yang besar . bandwidth ? masalah serangan virus dan spam ?
IM digunakan melekakan ? apa-apa sahaja alasan la .

Ok kini saya ingin menunjukan cara mudah memasang IM sendiri mengunakan Jabber dan antaramuka admin yang mudah .

apa kata anda cuba projek open fire .

ianya bukan sahaja boleh didapati secara percuma malah antaramuka admin nya juga mudah dan menarik. Nak configure ? pun jadi senang .

Percaya la ..ianya adalah perisian sumber terbuka ...

untuk maklumat lanjut layari :-

http://www.igniterealtime.org/projects/openfire/

Cara Pemasangan ? hehe ...ada manual kan , baca laaa

Memasang Aplikasi Pada Linux Dalam Bentuk GUI ?

Anda tentu bosan serta merasakan begitu susah untuk memasang aplikasi linux bukan. Sebagai pembangun aplikasi pula , anda terpaksa membuat script atau mengunakan aturcara seperti java untuk memudahkan proses pemasangan perisian anda.

Tapi kini semuanya akan lebih mudah , anda tidak percaya ? anda tidak percaya yang kini anda boleh wujudkan proses pemasangan linux dengan hanya mengunakan beberapa klick mouse anda ? anda fikir hanya perisian berbayar sahaja mampu melakukanya ?

Cuma anda gunakan perisian installjammer. Ianya bukan sahaja berkuasa malah percuma dan open source lagi . Malah anda juga boleh menyediakan aplikasi pemasangan untuk windows dan juga Mac Os.


Untuk muat turun layari :-

http://www.installjammer.com/download

Open-Source Web-Conferencing

Adakah ? memang ada . bukan satu tapi 2. Hari ini saya akan mengenengahkan salah satu projek open source yang ada pada google .


Ianya boleh di dapati di : -

http://code.google.com/p/openmeetings/

Aplikasi ini adalah berasaskan web. di mana anda bukan sahaja boleh mengunakan aplikasi video conferening malah anda juga boleh memaparkan aplikasi open office anda kepada rakan anda. Kini anda boleh membentangkan projek dan juga kertas kerja anda dengan mengunakan web .. Mudah bukan ???

Nagios Lebih Mudah Dengan Centreon

Mungkin anda tercari-cari cara yang mudah untuk memasukan maklumat ke dalam kotak nagios anda bukan . Aplikasi seperti nagmin dan lain-lain agak bermasalah kerana terdapat kelemahan .

Kini anda boleh cuba centreon. Antaramuka nya mmg agak menarik , dan memasukan maklumat juga lebih mudah dan senang. Semua maklumat di simpan pada pengkalan data terlebih dahulu

untuk maklumat lanjut layari


Anda boleh muat turun di

http://www.centreon.com/Centreon/download.html

Menguji Kelemahan Keselamatan Server Anda Dengan Nessus


Anda terpaksa membayar berpuluh ribu untuk tujuan pengujian keselamatan pada server anda ? Mungkin pada organisasi dan jabatan-jabatan kerajaan nilau itu adalah sedikit. Tapi bagi syarikat kecil dan sederhana nilai tu amatlah besar bukan.

Tahukah anda apakah peralatan yang digunakan ? berapakah mereka keluarkan modal untuk menguji server anda ? Jawapan sebenarnya adalah . Mereka hanya menggunakan perisian sumber terbuka yang percuma dan hanya boleh di muat turun dari internet.

Salah satu perisian yang amat terkenal adalah Nessus. Ianya bukan sahaja Sumber terbuka malah laporan yang di sediakan juga adalah berkualiti dan setanding dengan perisian yang anda perlu beli dengan harga yang mahal.



Untuk Maklumat Lanjut Layari

http://www.nessus.org

Mengawal Pengguna Rangkaian ..dengan linux

Mungkin anda pernah dengar NDS atau AD bukan ? kalau belum pernah , di harap tambahkan lah lagi ilmu di dada ;)

Dua server ini memboleh kan kawalan pada client dilakukan dengan mudah . Namun begitu kos nya bukan lah murah malah syarikat atau organisasi kecil tak mampu mengunakan nya.

Kini , Dengan menggunakan linux ada boleh melakukanya , jika dulu hanya client linux yang boleh dan yang anda tahu. Tapi Terima kasih kepada Seorang yang telah membuat perisian terbuka bagi digunakan pada client windows . Ianya dinamakan piGna dan akan digunakan bersama Perisian Openldap linux.


Ianya Boleh di gunakan pada client XP dan Juga Vista .

Maklumat Tentang Perisian Ini Boleh di dapati pada

Sourceforge: pGina on Sourceforge
Wiki: http://apps.sourceforge.net/mediawiki/pgina/index.php
Forums: http://apps.sourceforge.net/phpbb/pgina/

Pasang IE 6 Pada linux anda

Mungkin ada yang bertanya ..Boleh ke ??

dan Untuk Apa ?

Jawapanya boleh , dan gunanya untuk masuk web dan sistem yang hanya boleh guna IE .

Berikut adalah caranya pada ubuntu...

sudo apt-get install wine cabextract binfmt-support

wget http://www.tatanka.com.br/ies4linux/downloads/ies4linux-latest.tar.gz

tar xvfz ies4linux-latest.tar.gz

cd cd ies4linux-*

./ies4linux









Selamat mencuba ...

Kongsi Ubuntu anda dengan orang lain ..

Anda ingin berkongsi ubuntu anda dengan orang lain ? ingin mengeluarkan destro sendiri ?

Jom saya ajar cara paling mudah ...dan cepat. Yang paling penting ianya adalah percuma.

Ianya di pangil Remastering . Jika pada destro berasaskan Rad Hat , Ianya mengunakan kick start .

Anda bukan sahaja berkongsi os anda malah anda telah membuat satu Live CD untuk Ubuntu anda . dan boleh di pasang pada komputer rakan anda , Semua konfigurasi yang anda telah lakukan akan di pasang bersama . Menarik Bukan ?

Cara melakukan. .

sudo vi /etc/apt/sources.list

masukan server di bawah pada fail terbabit

# Remastersys deb http://www.remastersys.klikit-linux.com/repository remastersys/


kemudian

apt-get update remastersys

apt-get install

pada menu ubuntu anda, sila cari aplikasi remastersys.

tetingkap ini akan di paparkan

















*Pastikan HDD anda mencukupi . Di mana anda memerlukan HDD anda atau partition yang ada telah tetapkan melebihi 50% jumlah "Use disk"

bagi melihatnya gunakan command

df -h


setelah fail *.iso anda di bina. Maka bolehlah anda mencuba pada vmware atau vitualbox .


Selamat Berjaya

Linux lebih Mudah dengan Webmin

Linux , Susah la ..kena pakai command . Itu adalah rungutan biasa terutamanya mereka yang baru mengenali linux atau pengguna yang sudah terbiasa dengan windows.

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak di beri tahu atau tahu tapi terlupa terdapat perisian yang amat berguna dan memudahkan iaitu webmin.

Webmin adalah panel kawalan bagi semua sistem yang berasaskan nix. Ianya bukan sahaja boleh di gunakan pada linux malah pada Sistem berasaskan BSD dan SOLARIS.


























Cara pemasangan juga adalah amat mudah .

bagi debian/Ubuntu dan yang seangkatan denganya

#apt-get install webmin

Bagi Fedoran/red hat/Centos

# yum install webmin

atau boleh download fail binary dari http://www.webmin.com/

Perisian ini mengunakan dan di bangunkan dengan mengunakan bahasa pearl .

Banyak aplikasi linux yang di sokong dan distro berlainan juga di sokong.

Antara aplikasi termasuklah

mysql
postgres
postfix
sendmail
bind
apache
dhcpd
sendmail
qmail

dan banyak lagi

Logo Komuniti Linux Melaka

Hari Ini aku saja2 buat logo komuniti linux untuk negeri melaka ..saje je .














Apa macam orang melaka ...lawa tak :D

Game Menarik Pada Linux Anda


The Open Racing Car Simulator (TORCS)

Permainan 3d pelumbaan Kereta . Terdapat untuk versi Mac dan Windows Juga. Ianya Adalah Percuma .



Flight Gear

Game Semulasi Kapal Terbang 3d. Menarik Untuk di cuba dan ianya juga adalah percuma




Frozen Bubble

Game bubble Linux ianya juga adalah percuma





Tux Racer

Game 3d moskod dan logo linux berlumba pada ais.





Urban Terror]

adalah mod bagi Quake III Arena. Menarik Dan percuma. Menyokong permainan dalam rangkaian.