Linux lebih Mudah dengan Webmin

Linux , Susah la ..kena pakai command . Itu adalah rungutan biasa terutamanya mereka yang baru mengenali linux atau pengguna yang sudah terbiasa dengan windows.

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak di beri tahu atau tahu tapi terlupa terdapat perisian yang amat berguna dan memudahkan iaitu webmin.

Webmin adalah panel kawalan bagi semua sistem yang berasaskan nix. Ianya bukan sahaja boleh di gunakan pada linux malah pada Sistem berasaskan BSD dan SOLARIS.


























Cara pemasangan juga adalah amat mudah .

bagi debian/Ubuntu dan yang seangkatan denganya

#apt-get install webmin

Bagi Fedoran/red hat/Centos

# yum install webmin

atau boleh download fail binary dari http://www.webmin.com/

Perisian ini mengunakan dan di bangunkan dengan mengunakan bahasa pearl .

Banyak aplikasi linux yang di sokong dan distro berlainan juga di sokong.

Antara aplikasi termasuklah

mysql
postgres
postfix
sendmail
bind
apache
dhcpd
sendmail
qmail

dan banyak lagi

Logo Komuniti Linux Melaka

Hari Ini aku saja2 buat logo komuniti linux untuk negeri melaka ..saje je .














Apa macam orang melaka ...lawa tak :D