Aptana Studio 3 Untuk PHP programing

Kali ini aku nak berkongsi IDE yang aku guna untuk membuat programing aplikasi PHP aku. Sebenarnya Aptana studio ini adalah berasal dari IDE eclipse yang telah diap di pasang dengan lib php . Pemasangan yang mudah dan sapport OS yang berbeza iaitu windows , linux dan macosx 

 

Pada yang berminat boleh download di url di bawah :-
http://www.aptana.com/products/studio3/download

Pilih distro kegemaran anda di distro watch

Assalamualaikum dan berjumpa lagi

distrowatch.com adalah laman yang boleh menjadi panduan kepada anda bagi memilih destro apa yang sesuai mengikut keperluan anda.  Ia menyenaraikan semua distro linux yang ada malah ada yang anda tidak pernah dengar.



malah kelebihan laman web ini adalah ia memberi maklumat yang ringkas dan padat mengenai destro-distro tersebut .

pada yang berminat , boleh la ke distrowatch.com

aplikasi winscp dan putty

Assalamualaikum

Berjumpa lagi , kali ini aku ingin berkongsi aplikasi yang amat sesuai kepada anda yang terpaksa atau sudah biasa bekerja dengan environment window$ .

2 aplikasi remot ini digunakan bagi anda mengawal server linux anda dalam antaramuka windows dengan lebih mudah mengunakan SSH pada server linux anda.


Putty




Putty , mengunakan antaramuka CLI sahaja . biasanya di gunakan bagi pemasangan aplikasi , update, backup dan lain-lain yang biasanya akan dilakukan dengan mengunakan Command line bash anda.


winscp.



winscp adalah aplikasi yang menfokuskan kepada penghantaran fail yg kalau kita biasa command scp dalam linux , yg menarinya aplikasi ini adalah aplikasi 100% GUI yang antara muka sama seperti anda mengunakan antaramuka pelangan FTP . yg menariknya pengunaan winscp bersama SSH anda , selain data yang anda hantar lebih selamat , ianya lebih stabil dan penghantaran data yang besar mampu dilakukan tanpa ganguan terputus dan data rosak.



Selamat mencuba



Linux Suck by Bryan Lunduke

Video yang menarik bagi pengemar linux ;)



Laman linux pertamaku.

Sekadar ingin berkongsi , sebelum kewujudan blogspot . ini adalah laman web aku yg pertama .


http://web.archive.org/web/20041224170121/http://www.geocities.com/viva999/


poyo kan .. :D

Bena Distro anda sendiri dengan Remastersys

Assalamualaikum semua geng-geng open source . hari nie aku nak berkongsi salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk membena distro sendiri (mengunakan core dari debian/ubuntu) . sebenarnya selain dari nak buat destro jenama sendiri ia juga berguna bagi tujuan sebagai backup server yang telah anda setup ke dalam CD . Semua aplikasi yang telah siap terpasang akan mudah di pasang semula atau dipindahkan ke server lain . Kini kerja migrasi ke server lain lebih mudah kan.

REMASTERSYS.

Aplikasi ini di bena bagi digunakan bersama distro debian dan ubuntu dan yg seanak beranak dengan destro ini . Selain mempunyai antaramuka X ia juga boleh digunakan dengan command line . aplikasi ini akan membina fail ISO yang seterusnya boleh di tulis pada cdr/rw anda.

ada beberapa perkara lagi yg perlu anda buat untuk mengwujudkan distro anda. Aplikasi ini boleh memudahkan anda lagi .



untuk maklumat lanjut layari :-

Kill Proses Dalam Linux

kali ini aku nak share bagaimana nak bunuh atau tutup aplikasi (yang bermasalah dan sebagainya) jika keadaan memerlikan

1. Kill

command #kill digunakan bagi mematikan aplikasi mengunakan pid aplikasi tersebut contoh jika firefox anda mempunyai pid 1212 maka cara kill aplikasi ini adalah

$ps -ax  (bagi melihat program apa yg lari di belakang berserta no pid)
$kill 1212 (kill pid bagi firefox)

tetapi akan menjadi masalah jika sesuatu program itu dilarikan dengan banyak PID . sebagai contoh apache .

maka command killall boleh digunakan

#killall apache


jika aplikasi ini masih berdegil guna (tak mati2) maka pkill boleh digunakan

#pkill 1212


Sekian dulu , nanti post lagi