| |
Cradit by rizal | |
Thursday, 14 July 2005 | |
DHCP atau Dynamic Host Control Protocol membolehkan client dalam sebuah network mendapat IP dan maklumat-maklumat lain seperti gateway, DNS server dan WINS server secara automatik apabila dibootkan. Dengan menggunakan DHCP kerja-kerja pengendalian dapat dimudahkan terutamanya apabila melibatkan network yang besar dengan jumlah user yang ramai. Bayangkan jika anda mengendalikan sebuah network yang mengandungi 2000 user, kerja-kerja memasukkan IP dan maklumat-maklumat lain memakan masa yang banyak dan tenaga pekerja yang ramai. Tetapi dengan DHCP kerja-kerja ini dapat dikurangkan dan pengendalian IP dapat dibuat secara berpusat dan terkawal .Kerja-kerja troubleshooting seperti konflik IP amat mudah untuk dikawal kerana IP duplicate tidak akan berlaku. Server Pada komputer Linux Red Hat 8.0 saya, berikut adalah contoh fail dhcp.conf yang boleh kita dapatkan di /usr/share/doc/dhcp-3.0pl1/dhcpd.conf.sample . CODE ddns-update-style interim; ignore client-updates; subnet 192.168.0.0 netmask 255.255.255.0 { # --- default gateway option routers 192.168.0.1; option subnet-mask 255.255.255.0; option nis-domain "domain.org"; option domain-name "domain.org"; option domain-name-servers 192.168.1.1; option time-offset -18000; # Eastern Standard Time# option ntp-servers 192.168.1.1; # option netbios-name-servers 192.168.1.1; # --- Selects point-to-point node (default is hybrid). Don't change this unless# -- you understand Netbios very well# option netbios-node-type 2; range dynamic-bootp 192.168.0.128 192.168.0.255; default-lease-time 21600; max-lease-time 43200; # we want the nameserver to appear at a fixed address host ns { next-server marvin.redhat.com; hardware ethernet 12:34:56:78:AB:CD; fixed-address 207.175.42.254; }} Anda boleh salin fail tersebut dan simpan sebagai /etc/dhcpd.conf Gunakan arahan # cp /usr/share/doc/dhcp-3.0pl1/dhcpd.conf.sample /etc/dhcpd.conf Sebelum anda edit dapatkan maklumat berikut, nilai yang ada di bawah saya jadikan contoh :- Parameter Nilai Nota subnet 10.0.11.0 subnet rangkaian anda netmask 255.255.255.0 option routers 10.0.11.254 Gateway rangkaian anda option domain-name rangkaian.net Domain rangkaian option domain-name-servers 10.0.11.2 DNS server range dynamic-bootp 10.0.11.20 10.0.11.250 Dalam kes ini saya gunakan IP bermula dari 10.0.11.20 dan berakhir dengan 10.0.11.250 untuk client rangkaian saya. default-lease-time 21600 IP tersebut akan kekal selama 6 jam max-lease-time 43200 Maksimum akan kekal selama 12 jam Edit dengan editor pilihan anda dan tukarkan nilai data berikut:- Berikut adalah contoh /etc/dhcpd.conf yang saya gunakan:- CODE ddns-update-style interim; ignore client-updates; subnet 10.0.11.0 netmask 255.255.255.0 { # --- default gateway option routers 10.0.11.254; option subnet-mask 255.255.255.0; option domain-name "rangkaian.net"; option domain-name-servers 10.0.11.2; range dynamic-bootp 10.0.11.20 10.0.11.250; default-lease-time 21600; max-lease-time 43200; # we want the nameserver to appear at a fixed address host win2k { hardware ethernet 00:D0:59:10:E5:7C; fixed-address 10.0.11.222; } } Dalam barisan bawah contoh di atas, saya mahukan komputer Windows2000 saya, mendapat IP yang sama iaitu 10.0.11.222 , maka saya tetapkan nilai tersebut berdasarkan MAC address NIC komputer tersebut iaitu 00:D0:59:10:E5:7C . Berikut adalah output arahan #ipconfig /all pada komputer Windows2000 saya. Untuk kesemua tugas di atas anda juga boleh gunakan webmin. Konfigurasi utama :- Untuk host win2k klik pada Add a new host dan masukkan maklumat:- |
0 comments:
Post a Comment